NASIHAT BIJAK
Orang yang berjaya dalam hidup
adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa
menyimpang. - Cecil B. DeMille
Mutiara kata atau kata-kata nasihat
adalah penting kita semua. Kata-kata yang bermanfaat ini dapat menjadi sumber inspirasi
dalam kehidupan kita samada rumah tangga, percintaan, pekerjaan, dan pergaulan
sehari-hari. Jadi ambillah kata ini sebagai kata semangat untuk kehidupan
harian kita. Agar ia dapat menghiburkan serta memotivasikan diri sendiri….
1.
Imam Ali berkata, “Allah menyayangi
orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas
perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”.
2. Kebijaksanaan
menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan
penderitaan
3. Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu
sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman
engkau - Saidina Umar Al-Khattab
4.
Diam adalah suatu hikmah, tetapi
sedikit sekali pelakunya.
5.
Ketika kamu lahir, kamu menangis dan
orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah kehidupanmu sehingga nanti, ketika kamu mati, kamu tersenyum dan orang di sekelilingmu menangis.
Jalanilah kehidupanmu sehingga nanti, ketika kamu mati, kamu tersenyum dan orang di sekelilingmu menangis.
6.
Adab dan akhlak adalah ibarat pokok
dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang
lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya.
7.
Kata kata yang sering diucap biarlah
selari dengan apa yang dirasakan kerna selalunya apa yang terungkap tidak sama
seperti apa yang diungkap
8.
Rasulullah bersabda bermaksud:
“Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan
hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di
dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada
(mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh reda
Tuhannya.” Hadis riwayat al-Hakim.
9.
Lebih baik menjadi pendengar yang
bijak daripada menjadi pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa.
10.
Rahsia kejayaan hidup adalah
persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.
11.
Anda tidak boleh mencipta
pengalaman. Anda mesti menghadapinya.~ Albert Camus
12.
Harta tidak akan berkurang kerana
sedekah dan melakukan amal.
13.
Sahabat sejati umpama pohon rendang
tempat kita berteduh.
14.
Manusia biasanya lebih menghargai
sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah
tersedia.
15.
Kekuatan tidak datang dari kemampuan
fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
16.
Mengetahui perkara yang betul tidak
memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.
17.
Kecemerlangan adalah hasil daripada
sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.
18.
Manusia tidak perlu dihukum kerana
lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa.
19.
Barangsiapa mempertimbangkan
keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya.
20.
Jangan tertarik kepada seseorang
karena parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik
kepada kekayaannya karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang
yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat
hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.
21.
Orang yang berjaya dalam hidup
adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa
menyimpang. - Cecil B. DeMille
22.
Yang benar tetap benar,yang salah
tetap salah.Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah sama.
23.
Jangan biarkan perahu hanyut tak
berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan
24.
Ukuran yang paling tinggi tentang
adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu
~ Aflatun
25.
Jambatan menjadi penghubung antara
dua buah kampung, perkahwinan menjadi penghubung antara dua insan dan anak
menjadi penghubung antara ibu dan ayah
26.
Tiada manusia yang bergembira
sepanjang masa tetapi ianya bukanlah suatu alasan untuk hidup sengsara
27.
Kesempatan yang kecil seringkali merupakan
permulaan kepada usaha yang besar.
28.
Kemahiran dan ilmu semakin diguna
semakin banyak.
29.
Apabila sempuran akal, kurang
perkataan. - Saidina Ali Abi Talib
30.
Setiap hari kita adalah manusia yang
berbeza. Semalam kanak-kanak. Hari ini remaja. Dan esok, hari tua. Semuanya
menjadikan kita dan masa sungguh bermakna…
31.
Jaga-jagalah bergurau, kerana ia
membawa kepada keburukan dan menimbulkan rasa dendam.
32.
Hidup memerlukan pengorbanan.
pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan
memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan
menentukan kebahagiaan.
33.
Jika anda menyayangi seseorang itu
kerana Allah, maka janganlah bertengkar dan berbalah dengannya, janganlah
menanyakan sesiapa tentangnya, kerana orang yang ditanya itu mungkin
memberitahu anda perkara yang mengelirukan yang boleh menghalang perhubungan
anda dengan orang itu.
34.
“rezeki.. ada di mana2, datang tanpa
diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal”
35.
Perbezaan antara orang yang berjaya
dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa yang dapat difikirkan
menentukan apa yang akan dicapai.
36.
Bukti yang paling jelas tentang
ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang
ia mahu dengan secara ringkas.
37.
Orang yang terakhir tertawanya,
tentu lebih banyak tertawa.
38.
Berfikir secara rasional tanpa
dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg
paling berkesan
39.
Apakah diharapkan hujan tanpa awan.
40.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya,
“Setiap mata akan menangis pada hari kiamat kecuali mata yang menutup dari
melihat sesuatu yang haram, mata yang berjalan malam dalam jihad pada jalan
Allah dan mata yang menitiskan air mata sekali pun sebesar kepala lalat kerana
takutkan Allah.” (H.R Abu Naim)
41.
Sesiapa yang tidak pernah merasai
kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.
42.
Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah
pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan
akhirat.
43.
Selemah-lemah manusia ialah orang yg
tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg
mensia-siakan sahabat yg telah dicari ( Saidina Ali)
44.
Sahabat yang setia bagai pewangi
yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati
mulia membawa kita ke jalan Allah.
45.
Jadilah cahaya suram yang kekal
abadi sinarannya dan elakkan daripada menjadi cahaya terang yang bersifat
seketika cuma.
46.
Cakap sahabat yang jujur lebih besar
harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang (Saidina Ali)
47.
Air mata wanita adalah senjata yang
membuahkan kemenangan.
48.
Berfikir itu cahaya, kelalaian itu
kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang
yang menganiaya orang bawahannya.
49.
Kepapaan membuat seseorang yang
petah bercakap menjadi pendiam dan menyebabkan seseorang yang bijak menjadi
bodoh.
50.
Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan
kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.
51.
Pemimpin yang berjaya ialah orang
yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan
boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya.
52.
Menyesal tidak berbicara lebih baik
daripada menyesal berbicara.
53.
Sesungguhnya orang yang berakal itu
menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya.
54.
Anda akan mempunyai ramai kenalan
jika anda meminati mereka dan bukannya cuba membuat mereka meminati anda
55.
Jangan memandang ke bawah (untuk
mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah .Hanya
mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar.
mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar.
56.
Jangan mengukur kebijaksanaan
seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai
buah fikiran serta tingkah lakunya.
57.
Sesungguhnya apa yang kita lihat
serupa sebenarnya tidak semestinya sama.
58.
Kecantikan yang abadi terletak pada
keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan
pakaiannya.
59.
Akhlak yang buruk itu ibarat
tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan
menjadi tanah -Wahab B Munabin
60.
Sahabat sejati dan setia adalah
lebih bernilai dari semua emas di dunia ini.
61.
Peperangan hanya boleh menjanjikan
kemenangan selepas kemusnahan dan kematian.
62.
Adalah mudah menukarkan status
seorang sahabat menjadi kekasih daripada (bekas) kekasih menjadi sahabat.
63.
Bangsa penakut tidak boleh merdeka
dan tidak berhak merdeka. Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk
kemerdekaan ~Andre Colin
64.
Bangsa yang tidak percaya kepada
kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu
bangsa merdeka - Soekarno
65.
Semiskin-miskin orang ialah orang yang
kekurangan adab dan budi pekerti - Hukama
66.
Ciri orang yang beradab ialah dia
sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang
berkedudukan lebih rendah darinya ~ Confucius
67.
Jangan tanya apa yang dibuat oleh
negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara -Abraham
Lincoln
68.
Jangan mengharapkan kebaikan dari
orang yang tidak mengharapkan kebaikan dari kamu.
69.
Hidup biar beradab, bukan hidup
untuk biadap - Al-Ghazali Bayruni
70.
Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya
sihat, pokoknya pun sihat - Beng Tju
71.
Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu
tanpa agama adalah lumpuh -Albert Einstein
72.
Orang yang meminta-minta kepada
Tuhan tidak akan kecewa.
73.
Jika kejahatan di balas kejahatan,
maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara
biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan
dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji. (La Roche)
74.
Manusia yang tidak berharap untuk
menang telah sedia kalah.
75.
Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia
sebelum cair.
76.
Kita mesti pastikan hari ini adalah
milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang.
77.
Hidup tidak boleh berpandukan
perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama
harus kita fikirkan ialah menerimasesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan
kenyataan.
78.
Selalu bayangkan diri anda di dalam
kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin
menyakitkan orang lain juga
79.
Nilai manusia adalah semahal nilai
matlamatnya. - Marcus Aurelius
80.
Kasihkan manusia lepaskan dia kepada
pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang
kita sayangi beroleh bahagia
81.
Orang yang berkhianat selalu
terhina.
82.
Kebahagiaan adalah haruman yang
tidak boleh kamu semburkan kepada orang lain tanpa kamu sendiri mendapat
beberapa titisan daripadanya ~ Emerson
83.
Orang yang berani tidak akan
membabi-buta melompat masuk ke dalam jurang, melainkan masuk dengan
perlahan-lahan dan dengan mata yang terbuka setelah mengukur dalamnya -Stahl
P.J
84.
Hari yang mendatang tidak akan
memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.
85.
Hidup adalah gabungan antara bahagia
dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka
yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan. ( Harieta
Wahab)
86.
Kegagalan ialah satu-satunya yang
dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.
87.
Sekiranya seorang manusia dipanggil
sebagai seorang penyapu sampah, dia harus menyapu sama sepertimana
Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya dengan baik sekali.
Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya dengan baik sekali.
88.
Cara terbaik menghukum orang yang
telah melakukan kesalahan terhadap kita ialah dengan berbuat baik kepadanya.
89.
Orang yang cekal dan mempunyai
keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau
perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan
perhatian ke arah mencapai matlamatnya
90.
Lidah yang panjangnya tiga inci
boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.
91.
Sebuah kebenaran kadangkala
mengandungi kesilapan.
92.
Kalau rumahmu dari kaca, janganlah
melempari orang lain dengan batu.
93.
Nilai hidup harus diukur dengan
garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. ~Richard Brinsley
Sheridan
94.
Nafsu mengatakan perempuan itu
cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu
dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar
akhlaknya.
95.
Berita tidak selalu sama dengan
kenyataan.
96.
Seseorang yang melakukan kesalahan
dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi. ~ Confucius
97.
Memulai belajar sejak kecil seperti
memahat di atas batu dan memulainya sesudah tua seperti menulis di air.
98.
Hidup memerlukan pengorbananan.
Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan
memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan
menentukan kebahagiaan.
99.
Kekayaan boleh mengaburkan jalan
yang jujur
100. Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu
akan berkembang jika ianya digunakan.
101. Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu
kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada
Yang Maha Berkuasa.
102. Sampan tidak akan dapat belayar di padang pasir betapa pun
jua empuknya pasir itu ~Pepatah Arab
103. Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.~ Lao Tze
104. Awal mula pohon ialah benih.
105. Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain,
janganlah pula anda menambah dukanya.
106. Orang yang mengetahui harga dirinya tidak akan binasa.
107. Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan
manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.
108. Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah
tua untuk bertaubat.
109. Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit
dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
110. Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap
mata terbuka belum bererti ia melihat.
111. Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang
berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi
pada hari esok.
112. Antara nasib dan takdir adalah suatu yang lebih kurang sama.
Mereka akan berubah hanya dengan doa kita dan dengan keizinanNya.
113. Kaya jiwa lebih baik daripada kaya harta.
114. Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia
akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu
115. Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia
yang mengiurkan
116. Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai
dirinya sendiri
117. Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia
membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun
selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang
telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri.
selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang
telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri.
118. Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja
semua yang kamu miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan
memberitahu semua yang kamu dengar.
119. Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang,
Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.
120. Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan,
sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya.
121. Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki,
tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.
122. Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada
apa yang kita berikan padanya.
123. Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab,
merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi,
memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat ~ Khalifah Abdul Malik bin Marwan
memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat ~ Khalifah Abdul Malik bin Marwan
124. Adalah tidak mustahil orang yang paling kita benci sekarang
adalah kawan karib kita suatu waktu dahulu.
125. Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya
ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan.
126. Dalam kepala kaum wanita ada kekurangan, tetapi dalam hati
mereka ada kelebihan.
127. Gerobak kosong lebih banyak bisingnya (suara ributnya)
daripada gerobak yang penuh muatan.
128. Sekiranya anda meletakan satu nilai kecil ke atas diri anda
sendiri, ketahuilah bahawa dunia tidak akan meningkatkan harga anda itu
129. Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh,
bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini
130. Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi
terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang
tertinggi.
131. Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.
132. Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan
yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah
133. Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang
sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan
pergi.
134. Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan
menjadi kaya kerananya. Tetapi jika anda menyintai pekerjaan yang anda lakukan
itu, kejayaan akan menjadi milik anda ~ Ray Kroc (Pengasas McDonalds)
135. Kita sering nampak derita hari ini, tapi kita jarang ingat
kebahagiaan untuk esok hari, jadi belajar lah untuk menghargai apa yg kita
miliki hari ini, kerana kita takkan dapat mencapai penghargaan untuk esoknya
jika semuanya telah tiada…..
136. Komunikasi adalah sesuatu yg mudah, susahnya ialah apabila
kita tidak menyebutnya dengan perkataan yg mudah.~T.S Matthews
137. Masa lalu adalah seperti melihat dari tingkap kaca yang
berdebu, segalanya nampak senyap dan tidak pasti.
138. Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam
mencuba, bukan juga mereka yang sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah
gagal mencuba dan terus mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi.
139. Anda mungkin ditipu jika terlalu mempercayai tetapi hidup
anda akan terseksa jika tidak cukup mempercayai ~ Frank Crane
140. Ketika kamu melontarkan sesuatu dalam kemarahan, kata
-katamu itu meninggalkan bekas seperti lubang di hati orang lain. Kamu dapat
menusukkan pisau pada seseorang, lalu mencabut pisau itu. Tetapi, tidak peduli
berapa kali kamu meminta maaf, luka itu akan tetap ada. Dan, luka kerana kata -
kata adalah sama buruknya dengan luka berdarah.
141. Dalam hidup, seringkali kita lebih banyak mendapatkan apa
yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan,
akhirnya kita tahu bahawa apa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat
hidup kita menjadi lebih bahagia.
142. Seandainya kita tidak mampu untuk mengutuskan secebis
kesenangan kepada orang lain, berusahalah supaya kita tidak mengirimkan walau
sezarah kesusahan kepada orang lain.
143. Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain
dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang
tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.
144. Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang
yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah
kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka.
145. Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui
kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan
cukup berani untuk membetulkan kesilapannya
146. Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat
berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan
hanya layak dibuat kayu api.
147. Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke
tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna kamu
hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang
ingin kamu lakukan.
148. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah
dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai
kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati.
149. Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang
tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang
ketakutan
150. Menghairankan sekali, orang yang mencuci wajahnya
berkali-kali dalam sehari, tetapi tidak mencuci hatinya walaupun sekali
setahun.
151. Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang
didengarnya, maka dia seperti pelakunya.
152. Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar, meskipun ribuan mata
tidak melihatnya.
153. Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya, sebab
keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerna
kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu
tersenyum, kerna hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi
cerah.
154. Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri
tidak suka memakannya.
155. Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki
sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa
yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.
156. Musibah dalam harta lebih ringan daripada musibah dalam
kehormatan.
157. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu
seseorang yang sangat bererti dan mendapati pada akhirnya bahawa tidak demikian
adanya dan harus melepaskannya pergi.
158. Beritahukan kepadaku apa bacaan-bacaanmu, nescaya aku akan
beritahu siapa diri kamu ini.
159. Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang
dilupakan. Kita tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat
melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.
160. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa
ia akan pecah.
161. Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan
hati ialah keberanian.
162. Barangsiapa yang hari ini sama dengan kelmarin, maka
tertipulah dia, dan barangsiapa hari ini lebih jahat dari kelmarin, maka
terkutuklah dia.
163. Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan
daripada usaha yang besar.
164. Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang
selalu mengecewakan agama.
165. Tidak lurus keimanan seseorang kecuali jika hatinya lurus,
dan tidak lurus hati seseorang kecuali jika lurus lidahnya
166. Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah
bersedia di mukanya -Khong Hu Cu
167. Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya,
tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian
yang dideritainya.
168. Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi
dengan cemerlang.
169. Jangan menyalakan api untuk membakar musuh anda sedemikian panas,
sehingga anda sendiri hangus kerananya.
170. Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti
ilmunya ialah ucapannya.
171. Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk
perkara-perkara besar.
172. Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada
dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.
173. Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg
belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah
iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup
ini.
174. Dalam masyarakat manusia ada binatang jalang tetapi dalam
masyarakat binatang tidak ada satu pun manusia jalang -Aristotle
175. Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu
ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di
tempat lain yang lebih menyeronokkan.
176. Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar
kembali kepada bentuk asalnya.
177. Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir
tentangnya.
178. Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di
sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.
Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.
179. Tanda-tanda orang yang budiman ialah dia akan berasa gembira
jika dapat berbuat kebaikan kepada orang lain, dan dia akan berasa malu jika
menerima kebaikan daripada orang lain.
180. Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang
merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan
bersikap adil ketika kuat -Khalifah Abdul Malik Marwan
181. Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri
sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang -Hamka
182. Sebaik-baik manusia ialah yang diharapkan kebaikannya dan
terlindung dari kejahatannya.
183. Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup
seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain
184. Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula
berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya -Voltaire
185. Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu
bahagia, cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat
kamu menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu
positif terhadap kehidupan.
186. Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita
tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan,
pandanglah masa depan kita.
187. Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri,
supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya
mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang
salah.
188. Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita.
Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak
akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita.
Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas
dan perhiasan.
189. Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya
diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa
menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak
menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan
dengarlah sebanyak-banyaknya.
190. Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu
dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya -Voltaire
191. Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja,
asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.
192. Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi.
Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali
193. Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun
tidur dengan banyak hutang -Anonim
194. Orang cerdik yang mengenal dunia, terungkap baginya musuh
yang berbaju kawan.
195. Pengumpul harta belum tentu memanfaatkannya, dan yang
memanfaatkan harta belum tentu yang mengumpulkannya.
196. Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar,
belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang
berharga/berguna, belum tentu bagus.
197. Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan
kamu diabaikan orang.
198. Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya.
Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah
hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat
jahat. -Pepatah Arab
199. Barangsiapa membawa berita tentang orang lain kepadamu, maka
dia akan membawa berita tentang dirimu kepada orang lain.
200. Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia
telah hilang barulah manusia benar-benar terasa
201. Emas diuji dengan api, wanita diuji dengan emas dan lelaki
diuji dengan wanita.
202. Orang yang berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri
sedangkan tiada seorang pun yang mengejarnya namun orang yang benar itu berani
seperti singa -Goethe
203. Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih
baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu.
204. Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah
mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu.
205. Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa
menemukan jalan keluar.
206. Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan
sesebuah benteng yang tidak dibela -Napoleon Bonaparte
207. Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan
bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan.
208. Apabila bicara itu perak, diam adalah emas.
209. Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana
engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab
-Nabi SAW
210. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu
telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi
mainan orang.
211. Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah
daripada melaksanakan sepotong pesanan.
212. Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya
semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis
kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.
213. Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita.
Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.
214. Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak
seperti yang diimaginasi.
215. Jangan dipaksa anak berbuat kebaikan, jikalau orang tuanya
tidak pernah menyembah Tuhannya
216. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
217. Lazatnya memberi maaf lebih baik daripada lazatnya membalas
dendam.
218. Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk
membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana
tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu
pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal
kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat
muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu
dari segala ketenangan jiwa.
219. Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.~ Samuel Johnson
220. Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.
221. Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan
orang lain lebih baik dari jika diberitahu pun tidak dihiraukan.
222. Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa
yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan
iman yang dirasakan manisnya dalam hati…
223. Harta yang didatangkan oleh angin akan terbawa pergi oleh
taufan.
224. Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan
kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup
225. Kebaikan seorang pemimpin adalah lebih baik daripada
kebaikan zaman.
226. Kemarahan tidak boleh berumur panjang di dada seorang yang
berhati baik, kebaikan tidak boleh berakar di hati seseorang yang berdasar
buruk.
227. Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang
yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah
kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara
ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi
228. Segala hal yang lahir akan mati, tetapi cahaya kehidupan
yang dipancarkan akan selalu bersinar buat selamanya.
229. Hidup ini ibarat meniti seutas tali, kadang kala kita jatuh
sakit dan terluka, dan itulah yang kita rasai saat ini.
230. Dua orang bersaudara ibarat dua buah tangan, yang satu
membersihkan yang lainnya.
231. Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita.
Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari
hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita
dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita
seperti kita mencintai dia.
232. Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui
cinta yang jauh lebih indah.
233. Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya.
234. Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani
mati hanya sekali.
235. Amat mudah untuk memadamkan api yang sedang marak, tetapi
sukar untuk meredakan api kemarahan dalam diri.
236. Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk
menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu
bahasa.Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan
237. Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di
beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun , dan kemudian kamu
meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.
238. Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat
menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan -Abdullah
Mansur M.H
239. Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati.
240. Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih
untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya
tidak dibajai dengan keberanian
241. Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran.
Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.
242. Kalau kita dapat membuka dan menutup telinga dengan mudah
sebagaimana membuka dan menutup mata, pasti kita akan terhindar dari
mendengarkan banyak kebatilan.
243. Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.
244. Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini
kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu
boleh menjadi pandai
245. Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang
menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa
yang ditinggalkan
246. Barangsiapa memusuhi orang yang di bawahnya, hilang
kewibawaannya.
247. Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji
248. Seorang boleh menipu seseorang sekali-sekala tetapi orang
yang sama tidak boleh menipu semua orang pada masa yang sama
249. Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang
hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
250. Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk
memikirkan masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya
251. Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang
paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa
yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.
252. Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini
kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu
boleh menjadi pandai
253. Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah
musnah, maka matilah orang itu -Whittier
254. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika
anda rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga
255. Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih
untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya
tidak dibajai dengan keberanian
256. Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga
bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.
257. Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca
mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa
258. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik
walaupun hanya sekadar senyuman.
259. Anda bukan apa yang anda fikirkan tentang anda, tetapi apa
yang anda fikirkan itulah anda
260. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup
dalam kenangan.
261. Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya
perlahan-lahan.
262. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan
harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
263. Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan
berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
~ Flower A. Newhouse
~ Flower A. Newhouse
264. Kebenaran itu pabila dijemur di bawah cahaya mentari, ia
tidak akan lekang-lekang. Biarpun ditinggalkan dalam hujan lebat, ia tidak akan
busuk.
265. Tawadhu ialah bila setiap kali seseorang berjumpa dengan
seorang muslim, ia menyangka bahwa orang itu lebih baik daripada dirinya.
266. Sebaik-baik orang yang diberi nasihat ialah penguasa.
267. Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai,
tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan
keserasian berkumpulan.
268. Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam
kehinaan.Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan
banyak tapi diiringi dengan riak.
269. Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang
baik untuk bertindak
270. Pandanglah segala sesuatu dari kacamata oranglain. Apabila
hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain
pula.
271. Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk
belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan
dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk
bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa,
itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu
adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah
nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju
syurga.
272. Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata
selaras dengan tindakannya.
273. Tidak penting bagimu mengetahui harganya, tetapi penting
mengetahui nilainya.
274. Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi
untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan
275. Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali
276. Menikmati kehidupan itu adalah lebih baik dari hanya sekadar
memerhati kehidupan
277. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan
tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
278. Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah yang paling
mampu menguasai rahsianya.
279. Tiap-tiap sesuatu, apabila banyak menjadi murah melainkan
akal, bertambah banyak lagi berharga
280. Orang yang mengikuti emosinya, akan kehilangan adabnya.
281. Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih
beruntung tidak juga papa kedana
282. Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk
merancang. ~ William J. Siegel
283. Setiap bunga mawar pasti ada durinya.
284. Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan
kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit
sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya
285. Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada
orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya.
286. Mungkin diam itu suatu jawapan yang baik atau mungkin pula
teguran dan nasihat yang baik.
287. Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki
hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal
yang hadir dalam hidupnya.
288. Barangsiapa menanam, dia yang akan menuai.
289. Reputasi anda ialah apa yang orang lain fikirkan tentang
diri anda; sikap peribadi anda ialah tingkah laku anda.
290. Jangan mudah membuang, tambah-tambah lagi jika ia bukan
barang tapi orang
291. Sifat peribadi yang kukuh adalah aset kita yang paling hebat
kerana ia kuasa yang membolehkan kita berhadapan dengan kecemasan.
292. Apa yang anda fikirkan mengenai diri anda, akan mempengaruhi
diri anda sendiri.
293. Sesetengah orang menggunakan jam yang murah. Jam seperti ini
tidak boleh diharap.
294. Jangan serahkan sesuatu yang penting seperti sifat peribadi
anda kepada nasib.
295. percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal
abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi.
296. Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang
celaka ialah jahil
297. Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana samudera yang dapat
mencapai setiap sudut pantai keperluan hidup manusia
298. Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti
299. Jika manusia masih tetap jahat dengan adanya agama,
bagaimana lagi jika tiada agama? ~ Benjamin Franklin
300. Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran ~
Horatius
301. Menghitung orang-orang gila di suatu negeri lebih sulit
daripada menghitung orang-orang yang berakal.
302. Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling
takut pada perubahan ~ Mognon Me Lauhlin
303. Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia,
iaitu kerja dan bukannya usia. ~Richard Brinsley Sheridan
304. Kecantikan hanya sedalam kulit, tetapi masuk ke dalam tulang
~ Pepatah inggeris
305. Kita patut berkorban supaya orang lain juga merasai
kemanisan hidup.
306. Keruntuhan keluarga telah melahirkan generasi yang lemah ~
Rahmohan Ghandi
307. Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain
308. Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan
ketenangan dan keamanan
309. Kecemerlangan sebenar adalah apabila kamu dihentam sehingga
bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.
310. Di sebalik keindahan rumah tersergam, disebalik senyum dan
tawa, seseorang insan itu mungkin dilanda kepahitan dan kekecewaan yang tidak
diketahui orang lain.
311. Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil
itu kadang-kadang menumpahkan darah.
312. Fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi, fikirkan kebencian,
kita akan dibenci. Tetapi sekiranya kita fikirkan kasih maka kita akan
dikasihi. Ini adalah undang-undang alam. Kita menjadi seperti apa yang kita
fikirkan
313. Seekor burung di tangan lebih baik daripada sepuluh ekor di
atas pohon.
314. Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas,
walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna
315. Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan
pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun
demikian, janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang
mengatakannya dengan sepenuh hati.
316. Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika
anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. - Peribahasa Arab
317. Membalas kebaikan dengan kejahatan adalah perangai yang
serendah-rendahnya. Membalas kejahatan dengan kejahatan,bukanlah
perikemanusiaan. Membalas kebaikan dengan kebaikan adalah hal biasa. Membalas
kejahatan dengan kebaikan adalah cita-cita kemanusiaan yang setingginya. Kita
harus sanggup hidup untuk memberi cita-cita itu bertumbuh.
318. Berkhianat dalam ilmu lebih jahat daripada berkhianat dalam
harta.
319. Sebuah pedang diketahui keampuhannya sesudah memotong.
320. Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka. - Charles
Cahier
321. Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya
disanjung sehingga ia mula bercakap kosong
322. Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis akhirnya.
323. Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus
menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran
disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada
dirinya sendiri -Said Mustafa
324. Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh
lagi
325. Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik
dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.
326. Sebelum memberi nasihat kepada manusia dengan ucapanmu,
berilah mereka nasihat dengan perbuatanmu.
327. Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya
semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti
yang nyata.
328. Orang mulia menyalahkan dirinya, orang bodoh menyalahkan
orang lain
329. Usah sangka apa yang belum kita miliki janji pada
kebahagiaan kita. Ada kalanya setelah kita miliki itulah punca masalah kita.
Jangan sangka semua yang cerah kekal cerah sampai bila-bila, ada kalanya
menjadi hitam dan menyusahkan
330. Selalu kita menyangka yang di tangan orang indah dan
menawan; apa yang di tangan sendiri sentiasa kedam. Selalu kita meletakkan
impian yang muluk-muluk pada kepunyaan orang sedangkan orang turut terliur
dengan apa yang kita miliki
331. Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat mewujudkan
perselisihan. Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan.
Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata-kata
yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati.
332. Menyimpang seinci, rugi seribu batu. - Peribahasa Cina
333. Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih
keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak
seperti sutera.
334. Seburuk-buruk buta adalah buta hati.
335. Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak
perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara
336. Batu yang bergerak tidak bisa ditumbuhi tanaman.
337. Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya,
menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya ~
Saidina Ali
338. Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke
tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
339. Ada dua cara seseorang itu tidak boleh berjaya iaitu orang
yang hanya mengerjakan apa yang disuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan
apa yang disuruh.
340. Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak
merancang adalah merancang untuk gagal.
341. Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah
musnah, maka matilah orang itu.. - Whittier
342. Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin
yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya -John
Petitsenn
343. Usah sangka kereta jenama paling mahal tidak memberikan
masalah. Ada kalanya meragam juga. Usah sangka orang yang serba kekurangan itu
tidak membahagiakan, ada kalanya dia lebih mengerti
344. Kesusahan dan kesulitan adalah laksana musim dingin, basah
dan lembab, tidak disukai insan. tetapi sesudah musim sejuk itulah tumbuh
bunga-bunga yang harum dan buah-buahan yang subur.
345. Seekor singa yang ganas lebih mudah ditentang daripada
seorang pemerintah yang kejam, dan pemerintah yang kejam lebih mudah dihadapi
daripada angkara fitnah yang berkekalan.
346. Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan
kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita
tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke
akhir hayat. - Joseph Conrad
Geen opmerkings nie:
Plaas 'n opmerking